Penjaringan di Malaysia - Pusat Asia Tenggara.
Ekonomi Malaysia telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan tahun demi tahun lantaran kestabilan politik dalam negara, polisi-polisi ekonomi dan kewangan yang kukuh yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Apa yang lebih membanggakan lagi ialah ekonomi Malaysia telah berkembang seiring dengan persekitaran inflasi yang relatifnya rendah.
Syarikat-syarikat MLM global utama yang bervisi strategik turut berpengkalan di Kuala Lumpur. Maka sudah pastinya mereka mempunyai kelebihan yang tiada tandingannya di dalam penguasaan pasaran di rantau Asia Tenggara dan rantau sekitar, menerusi sistem Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
...........................................................................................................................................................................
Teknologi Maklumat
Tenaga kerja kami yang berkelayakan dan berkemahiran tinggi ini mampu menukar sesuatu kaedah konvensional kepada sistem berkomputer. Tambahan pula, kami turut memberikan khidmat nasihat kepada para pelanggan kami untuk mendapatkan kombinasi sistem perkakasan dan perisian bagi menyesuaikan keperluan perniagaan terkini serta pelan pengembangan masa depan. Perisian berasaskan laman web yang berkos efektif ini telah direka bentuk dengan ciri-ciri lengkap dan terbukti berkesan dalam memastikan segala pelaksanaan dan pengaplikasiannya dapat berjalan dengan lancar.
Kami sentiasa menyelia, mengawasi dan memantau proses perubahan ini pada setiap masa. Justeru itu, teknologi dapat memberikan sumbangan yang bermakna dalam meningkatkan kecekapan perniagaan.
...........................................................................................................................................................................
Angka-angka
Industri MLM di Malaysia kini bernilai berbilion-bilion ringgit, malahan mampu menjanakan keuntungan sebanyak USD1.0 bilion kepada ekonomi pada tahun 2002. Keuntungan keseluruhannya telah meningkat pada kadar yang amat membanggakan sejak tahun 2002 iaitu pertumbuhan sebanyak 25.8% yang bernilai USD 1.258 bilion pada tahun 2003. Pada tahun 2004, industri ini telah menjana jualan sebanyak USD 1.328 bilion yang menyaksikan pertumbuhan sebanyak 5%.Pada tahun 2006, Industri MLM ini yang terdiri daripada 622 buah syarikat telah menjanakan kadar pengantian jualan berjumlah USD1.93 billion iaitu 25% pertumbuhan dari tahun yang lalu.( USD1.55 billion) __(Sumber dari Berita Harian 9/5/07)
Di Malaysia sahaja, telah dianggarkan bahawa lebih daripada 7 juta pengedar telah diketahui berkecimpung di dalam industri MLM ini, suatu peningkatan daripada angka 3 juta orang pengedar pada tahun 2003.
–Sumber daripada www.dsam.org.my.
...........................................................................................................................................................................
Minat yang Ditunjukkan
Kos hidup yang semakin meninggi, peningkatan jumlah graduan menganggur dan pasaran mudah yang berterusan telah merangsang minat yang lebih mendalam terhadap peluang MLM sebagai suatu alternatif atau sumber pendapatan tambahan, dan sekaligus meningkatkan produktiviti keseluruhan para pengedar.
Pemasaran Berbilang Peringkat (MLM) merupakan aliran terkini dalam menjanakan wang dengan cara yang amat mudah. Kini, aliran MLM sungguh mendapat sambutan yang hebat di segenap pelosok Malaysia yang sedang mendominasi pengangguran. Menerusi kos permulaan dan risiko yang rendah, ia telah memberikan peluang kepada para individu yang terlibat dalam membangunkan perusahaan mereka sendiri. Aktiviti-aktiviti pemasaran yang lebih berfokus dan agresif telah dikenalpasti sebagai faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan prestasi.
...........................................................................................................................................................................
Pihak Kerajaan
Kerajaan Malaysia adalah antara segelintir pihak di seluruh dunia yang terus memberikan sokongan positif terhadap perkembangan industri MLMnya menerusi tindakan-tindakan berhemah berbanding dengan majoriti besar kerajaan lain yang mengambil pendekatan yang lebih berperaturan/mengawal.
...........................................................................................................................................................................
Para Penduduk
Para penduduk di sini adalah berbilang kaum, berbilang agama, rajin berusaha, berganding bahu dengan harmoni sekali. Kerajaan menggalakkan kami melaburkan pendapatan kami sendiri. Para penduduk juga terdiri daripada usahawan-usahawan yang suka mengembara dan dengan itu lebih terdedah kepada dunia luar dalam pelbagai aspek kehidupan. Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang lazim ditutur di sini, dan kebanyakan penduduk di sini berkeupayaan untuk bertutur sekurang-kurangnya dua hingga tiga bahasa, sama ada Mandarin, Bahasa Melayu ataupun India (termasuklah pelbagai dialek yang berbeza).
...........................................................................................................................................................................
Prospek
Prospek masa depan industri ini adalah cerah dan boleh berkembang subur hasil daripada inisiatif kerajaan untuk mempromosi industri ini serta melalui perlaksanaan tegas Akta Anti Piramid.
...........................................................................................................................................................................
|